Skip to content
Join us on October 26 at 7PM EDT for the 2021 WWB Virtual Gala. Learn more and get your tickets today!

Pantun

Dariy India datang ke Melaka,
Berdagang rempah, kayin dan tembaga.
Diberiy nama Chetti Melaka,
Tradisiy dan warisan terus di jaga.

Pakei baju kancing suwasa,
Tenunan indah mahal sekaliy.
Pakeiyan itu lambang budaya,
Cantik terserlah hiayasan diriy.

Masak kariy dalam belanga,
Belanga turunan harta pusaka.
Berbajuy kebaya kondeh berbunga,
Itulah pakaiyan wanita Chetti Melaka.

Berkayin sarong berbajuy pagoda,
Terompah kayu warisyan pusaka.
Tundu di sandang talapa di kepala,
Inilah sebahagian pakaiyan lelaki Chetti Melaka.

 

"Pantun" © Nironjini Pillay, Shagina Bhalan, Nadarajan Mudalier, & Mahendran Pillay. All rights reserved.

Like what you read? Help WWB bring you the best new writing from around the world.